Sze Fei-Nur Izzuddin ke final Jelajah Dunia Akhir BWF

PASANGAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China, awal malam ini.

Sze Fei-Nur Izzuddin mara selepas menyingkirkan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi separuh akhir.

Set pertama perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin tewas kepada gandingan nombor empat dunia itu 17-21.

Sze Fei-Nur Izzuddin memperkemaskan permainan dalam set kedua dan berjaya menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16.

Set penentuan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Fajarn-Muhammad Rian masing-masing tampil agresif apabila saling bertukar mata yang akhirnya dimenangi gandingan negara 27-23 dalam masa 81 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin sebelum itu mencipta kejutan apabila menjinakkan cabaran juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, Lee Yang-Wang Chi-Iin dari Taiwan dalam kempen peringkat kumpulan.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti