Lima lelaki terperangkap dalam banjir

TENOM – Lima lelaki terperangkap akibat banjir berjaya diselamatkan pihak bomba dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tumantalik, di sini pada tengah hari Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba, Mudi Pengiran berkata, pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.42 tengah hari dan mendapati kesemua mangsa tersebut adalah lelaki dewasa yang terperangkap di dalam sebuah rumah.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudian bertindak membuat ‘size up’ dan seterusnya menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa terlibat menggunakan bot penyelamat ke tempat selamat.

“Mangsa-mangsa banjir berkenaan kemudian berjaya dipindahkan ke rumah saudara mangsa.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain akibat banjir, pasukan bomba menamatkan operasi pada pukul 2.34 petang dan bertolak kembali ke balai,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan (MERSSS) berkenaan kejadian tersebut pada pukul 1.09 tengah hari.

“Sejurus panggilan, enam anggota bomba digerakkan ke lokasi dalam jarak tujuh kilometer bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda, lori dan bot bagi melakukan operasi menyelamat,” ujarnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti