Sultan Selangor dukacita umat Islam mudah terperangkap, makin berpecah

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita kerana semakin ramai umat Islam terperangkap dengan maklumat salah walaupun banyak buku agama dikarang serta dicetak dalam bahasa Melayu.

Baginda bertitah, senario itu menyebabkan umat Islam semakin mudah terpengaruh dengan ajaran sesat dan menyeleweng yang dibawa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Di manakah silapnya kita sehingga kes yang melibatkan pengikut ajaran sesat semakin menjadi-jadi di negara ketika ini. Umat Islam akan ketinggalan dalam segala aspek kehidupan jika asyik terperdaya dengan ajaran agama yang berasaskan kepada unsur-unsur kurafat dan tahyul.

“Pengaruh yang menyesatkan ini mengakibatkan umat Islam semakin berpecah belah dan mudah ditindas oleh musuh-musuh Islam,” titah Baginda ketika merasmikan Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, malam tadi.

Mengiringi tuanku ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad serta Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sultan Sharafuddin bertitah, dunia moden serta kemudahan tanpa sempadan membolehkan umat Islam mendapat maklumat sahih khususnya berkaitan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

“Kebanyakan buku berkaitan agama Islam yang berada di negara ini telah dicetak dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu termasuk laman sesawang jika dibandingkan ketika zaman Beta belajar agama dahulu,” titah Baginda.

Justeru, Baginda menyeru umat Islam perlu sentiasa merujuk pihak berkuasa dalam urusan agama selain jangan mudah percaya dengan ajaran atau fahaman songsang.

Selain itu, Baginda juga mengingatkan pihak berkuasa lebih peka dalam menangani isu ajaran sesat termasuk mengenakan tindakan undang-undang dengan lebih berkesan agar tidak terus menjadi duri dalam daging umat Islam sehingga membawa perpecahan.

“Perpaduan perlu menjadi teras utama kepada kehidupan umat Islam khususnya orang Melayu. Islam adalah satu agama yang cukup lengkap dan indah serta boleh menjadi asas kepada perpaduan sesebuah masyarakat,” titah Baginda.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen