Isu pembangunan semula Gaza fokus pertemuan Anwar-Erdogan

PEMULIHAN dan pembangunan semula Gaza antara perkara utama dijangka dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang akan mengadakan lawatan ke Malaysia minggu depan.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, ini kerana kedua-dua figura itu antara pemimpin lantang menyuarakan pandangan mewakili dunia Islam termasuk isu penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Saya fikir ini waktu yang sangat penting setelah Presiden Amerika Syarikat (AS) (Donald Trump) mengumumkan pelan (mengambil alih Semenanjung Gaza) yang pada saya langsung tidak masuk akal.

“Saya percaya pertemuan antara kedua-dua pemimpin (Anwar dan Erdogan) utama dan besar ini yang juga sahabat lama, tentunya akan memberi impak yang sangat signifikan terhadap ikhtiar masyarakat antarabangsa bagi mencari jalan untuk menjayakan pembangunan semula Gaza,” katanya selepas mewakili Perdana Menteri pada Majlis Peluncuran Skim Rumah Ibu di Ipoh, Perak, semalam.

Pada 5 Februari lalu, Trump membuat kenyataan bahawa AS ‘akan mengambil alih’ Semenanjung Gaza selepas menempatkan semula rakyat Palestin di tempat lain di bawah pelan pembangunan semula yang didakwa boleh mengubah enklaf itu menjadi the Riviera of the Middle East.

Bagaimanapun, Kumpulan Palestin, Hamas dan beberapa pemimpin dunia dilaporkan secara tegas menolak kenyataan Trump berhubung perkara itu selain menyifatkan ia sebagai kekeliruan dan kejahilan mendalam terhadap perjuangan Palestin.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy