Sultan Selangor bimbang fitnah, pembunuhan karakter di luar musim pilihan raya

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap gejala membunuh karakter individu tertentu yang semakin berleluasa dewasa ini.

Baginda bertitah, gejala ini jika tidak dibendung akan memberi persepsi negatif terhadap individu berkenaan sekali gus mengundang kepada lebih banyak budaya hidup tidak baik dan menjejaskan keharmonian.

Sultan Sharafuddin bertitah, lazimnya perbuatan membunuh karakter itu hanya berlaku pada musim pilihan raya, namun kini ia digunakan untuk memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu tertentu.

“Beta ingin menasihatkan kepada rakyat agar bijak menilai dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat prasangka dan percaya dengan fitnah-fitnah yang terhasil daripada cubaan untuk membunuh karakter ini,” titah baginda dalam perutusan bersempena 2025, di Facebook Selangor Royal Office.

Pada masa sama, baginda menyarankan sekiranya terdapat kritikan atau rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, ia seharusnya disalurkan sebagai cadangan yang membina demi manfaat semua pihak.

Bersempena dengan tahun 2025, Sultan Sharafuddin menyeru seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa, dan fahaman politik menanam azam lebih fokus kepada usaha membangunkan ekonomi dan bekerja lebih kuat demi memajukan negara dalam semua bidang.

Baginda juga tidak mahu ada pihak masih bertelagah, khususnya dalam kalangan pemimpin, komuniti perniagaan, dan penjawat awam yang tamakkan kuasa dan kemewahan yang dilihat kerap menjadi punca kepada timbulnya fitnah jahat, adu domba serta penyebaran maklumat palsu terutamanya di media sosial.

“Pada tahun baharu ini juga, beta mahu rakyat sama-sama berazam membanteras gejala rasuah pada semua peringkat dengan meningkatkan penguatkuasaan dan yang paling penting, mengutamakan integriti dalam nilai-nilai kehidupan harian.

“Ingatlah, bahawa sebuah tamadun boleh runtuh hanya disebabkan oleh rasuah yang berleluasa dan tidak terkawal,” titahnya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen