Kerajaan cakna suara rakyat, terapkan prinsip ihsan dan rahmah

TAHUN 2024 bakal dikenang dalam sejarah sebagai mukadimah dan pembuka kepada agenda pembaharuan nasional bagi negara Malaysia tercinta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, kerangka ekonomi Madani dilancarkan pada 27 Julai 2023 merupakan hala tuju yang jelas untuk membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia.

“Apa yang lebih mendesak dan mustahak adalah kerangka ekonomi Madani yang memberi petunjuk kepada kepimpinan dan generasi penerus untuk mempasak sebuah sistem ekonomi yang berteraskan prinsip manusiawi dengan ihsan, rahmah agar keadilan dapat ditegakkan bagi setiap insan warga Malaysia.

“Atas ikhtiar tersebut, kerajaan telah menggerakkan usaha untuk menjelmakan anjakan baharu bermula pada tahun ini insya-Allah, ” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan sempena tahun baharu 2025 yang disiarkan di saluran televisyen RTM pada Selasa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memahami bahawa tidak semua keputusan kerajaan dan kebijakan kerajaan itu popular dalam kalangan rakyat atau segera membuahkan hasil.

Tetapi, beliau berkata, segala usaha dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, dengan niat yang ikhlas Kerajaan Madani serta penilaian yang teliti untuk memastikan dasar-dasar tersebut dapat memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

“Sebagai contoh penyasaran subsidi diesel dan sebelumnya tentang tarif elektrik yang digerakkan oleh Kerajaan Madani untuk menutup ketirisan sekian lama dek subsidi pukal yang telah disalurkan kepada pihak yang paling kaya yang saya sebut sebagai mahakaya dan orang asing tiga juta setengah orang yang tidak layak menerima subsidi.

“Alhamdulillah peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah atau STR dan Sumbangan Asas Rahmah atau SARA bagi tahun ini itu ditambah RM10 bilion yang merupakan jumlah terbesar dalam sejarah.

“Insya-Allah pada tahun hadapan kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya,” katanya.

Tambahnya, selain meningkatkan jumlah bantuan, kerajaan juga dalam usaha mengawal kenaikan kos sara hidup menerusi penganjuran Program Payung Rahmah disamping menggerakkan pihak berwajib bagi memantau pihak-pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang