Saya sedia ke mahkamah pertahan Islam, Melayu – Akmal

JASIN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

Menurut beliau, dakwaan kononnya mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan keagamaan adalah persepsi negatif dibangkitkan oleh DAP.

“Itu adalah perkara yang sangat sensitif dan kita sudah mengingatkan banyak kali sekiranya mahu menjaga keharmonian di negara ini, perkara yang sensitif tidak boleh disentuh langsung.

“Dalam hal ini, kita serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan baik dan kita sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu,” katanya.

“Jika Peguam Negara kata kes itu dibawa ke mahkamah, kita bersedia untuk lawan di mahkamah,” katanya.

Lebih 200 penyokong termasuk dalam kalangan ahli dan pemimpin Pemuda UMNO Melaka, ahli UMNO Jasin serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir memberikan sokongan kepada Ketua UMNO Bahagian Jasin itu.

Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dipanggil memberi keterangan berhubung satu laporan polis oleh DAP Sarawak berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur keagamaan dan hasutan.

Related Posts

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

MUAR – Usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu banjir terus diperkukuh menerusi pemantauan rapi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 yang kini sedang giat dilaksanakan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan