Sultan Ibrahim berkenan tandatangan RUU Antibuli 2026

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Akta itu digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lalu, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli bagi kesemua mangsa yang ditakrif dan diperuntukkan di bawahnya.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkongsi bahawa di bawah akta berkenaan, empat menteri dan sebuah institusi diberi kuasa mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing.

Empat menteri berkenaan adalah Menteri Pendidikan, Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Menteri Dalam Negeri, selain Majlis Amanah Rakyat.

“Tribunal bagi antibuli juga akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa dan memberikan apa-apa pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli itu,” menurut hantaran itu.

Media sebelum ini melaporkan penubuhan Tribunal Antibuli yang dicadangkan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 memberi kuasa kepada badan itu membuat perintah atau ‘award’ bagi pembuli membayar pampasan atau ganti rugi tidak melebihi RM250,000 kepada mangsa.

Pampasan atau ganti rugi itu perlu dibayar pembuli atau responden, sama ada kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga bagi sebarang kerugian atau kerosakan dialami mangsa berkaitan buli.

Ia bagaimanapun tidak termasuk perbelanjaan munasabah yang ditanggung akibat buli, sebaliknya tribunal boleh mengeluarkan perintah untuk responden membayar balik mangsa bagi apa-apa perbelanjaan munasabah ditanggung akibat buli.

Tribunal juga boleh menetapkan perintah bagi pembuli mengeluarkan pernyataan permohonan maaf kepada mangsa atau penyiaran pernyataan permohonan maaf membabitkan responden dewasa.

Selain itu, boleh mengeluarkan perintah penghapusan sebarang kandungan berhubung buli daripada mana-mana platform media sosial, peranti elektronik atau medium penyimpanan digital.

Berdasarkan RUU itu, buli ditakrifkan sebagai sebarang perbuatan disengajakan dan ditujukan kepada mangsa dengan apa-apa cara, sama ada secara berulang atau dalam suatu kejadian serius yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial kepada mangsa.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam