Kenaikan gaji: Berhati-hati, ada majikan yang zalim

KETIKA mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada Jumaat, secara tegas Perdana Menteri – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa majikan bertindak ke atas kakitangan yang culas melaksanakan tanggungjawab.

Peringatan itu bagus, tepat, dan sangat kena pada masanya kerana kita memerlukan pekerja yang tinggi komitmennya dalam melaksanakan tugas sehari-hari.

Tidak dinafikan selama ini ada segelintir pekerja culas melaksanakan tanggungjawab tetapi ada juga yang ‘terselamat’ kerana mereka bergantung pada ‘kabel’ yang kuat.

Ada yang masuk lambat, keluar awal; lesap entah ke mana, malahan skop kerja tidak dipatuhi tetapi dibiarkan begitu sahaja lepas bebas.

Apabila ada pihak merungut akan perihal itu, majikan akan berkata lebih kurang begini: “Dok soh ccaralah ke dia. Kalu layan ke dia, dok jjadi apa satu kerja kita.” (Tak perlulah ambil tahu hal dia. Jika dilayan perangainya, kerja kita langsung tak terlaksana).

Sesekali pekerja yang culas itu ‘berbuat baik’ , majikan memujinya melangit di hadapan kakitangan lain sehingga ada pihak berasa loya, nak terkeluar isi perut – muntah hijau!

Itu bukan kisah dongeng; bukan kisah 1,001 malam; bukan Hikayat Malim Deman. Itu kisah nyata yang berakar umbi dalam sistem perkhidmatan awam kita.

Kalau ada pihak yang tidak percaya, silakanlah turun ke lapangan, laksanakan tinjauan empirikal; insya-Allah maklumat yang autentik akan diperoleh. Silakan!

Dalam sesetengah kes pula, kedua-dua pihak ini nampak seolah-olah kuli dan majikan ketika berada dalam suasana rasmi, namun di luar suasana rasmi, mereka amat akrab.

Bagi sesetengah kes lain pula, mereka bukan sahaja ‘amat akrab’ luar waktu rasmi, malahan boleh ‘bergurau senda’ dalam majlis yang sepatutnya ada batas tertentu.

Adakah hal seumpama itu masih lagi berlaku dalam organisasi perkhidmatan awam?

Jawapannya boleh dinukilkan jika ada pihak benar-benar cakna; sanggup turun padang. Lagi satu, jangan salahkan penulis. Ini bukan hasutan. Ini cetusan maklumat!

Yang lebih malang, ada majikan yang menganiayai kakitangannya kerana tidak suka akan kakitangan itu berasaskan hal peribadi; bukannya bersangkutan kerja hakiki.

Majikan sebegitu akan memberi penilaian prestasi yang rendah kepada kakitangannya!

Hal sebegini bukan kes tersorok. Berhati-hatilah!

Related Posts

Thailand kawal harga minyak dengan hutang

KETIKA dunia berdepan ketidaktentuan susulan ketegangan krisis di Asia Barat, dunia bergelut dengan kenaikan harga minyak global termasuk negara-negara ASEAN. Thailand antara negara yang terkesan, dan kerajaan mereka memilih untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bila tiada idea, helikopter pun jadi modal, lemah!

PEMBANGKANG cuba membina persepsi seolah-olah PMX menggunakan helikopter untuk ‘berseronok’ ketika rakyat berdepan isu harga minyak. Hakikatnya, itu tidak tepat, salah malah bersifat menghasut tanpa asas fakta yang jelas. Muktamad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis