Sarawak sedia jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluahkan hasrat kesediaan Sarawak menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.

“Keupayaan Sarawak menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) XXI pada kali ini memberi bayangkan kita mampu menganjur bersama Sukan SEA 2027,” kata Abang Johari.

Hasrat ini juga sudah dinyatakan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian SUKMA XXI yang berlangsung di Stadium Sarawak pada Sabtu.

Sementara itu, Abang Johari menyifatkan Sukma bukan sekadar memupuk semangat kesukanan tetapi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sukma juga menjadi platform kepada orang luar terutama anak muda dari pelbagai negeri untuk melihat keunikan budaya Sarawak yang berlainan,” katanya.

Oleh itu, kata Abang Johari lagi, Sukma menjadi saksi kepada tempat ribuan anak muda dari pelbagai negeri berkumpul sekali gus menjalinkan persahabatan antara mereka.

Selain itu, Abang Johari turut mengingatkan atlet agar tidak mudah berputus asa dan kental menghadapi cabaran demi mencapai kejayaan.

“Oleh itu, saya turut memberi penghargaan kepada golongan atlet yang berusaha keras dalam latihan demi bertanding dalam 488 acara yang dipertandingkan,” ujar Abang Johari.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM