Mukah bakal nikmati pelbagai projek pembangunan – Abang Johari

MUKAH: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tun Abang Johari Tun Openg berkata Mukah bakal menikmati pelbagai projek pembangunan.

Menurut Abang Johari, pelbagai projek yang dirancang bakal siap sepenuhnya pada 2026.

“Saya yakin pelaksanaan projek tersebut memberi impak yang besar serta meningkatkan kegiatan sosioekonomi di kawasan tersebut,” ujarnya.

Tambah Abang Johari, Kerajaan Sarawak turut melaksanakan beberapa projek pembangunan bernilai RM2.32 bilion termasuk Jambatan Igan, Jambatan Paloh dan Jambatan Lassa.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri, di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari menjelaskan penubuhan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bertujuan memajukan kawasan dengan melaksanakan projek bernilai RM705 juta.

“Fokus utama RADDA adalah menaik taraf pelbagai kawasan termasuk pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan,” kata Abang Johari lagi.

Related Posts

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

PORT DICKSON – Latihan bersepadu antara agensi kini bukan lagi sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya suatu keperluan semakin mendesak seiring dengan risiko bencana yang kian kompleks. Selaras dengan itu, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

KANOWIT – Penduduk di kawasan Ngemah terus menggesa agar projek Jalan Batu Luking ke Teluk disegerakan berikutan masalah akses jalan yang menjejaskan aktiviti harian serta sektor ekonomi setempat, khususnya pertanian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri