KEPUTUSAN Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk tidak mempertahankan jawatan yang Dipertua Pas kawasan Marang pada mesyuarat tahunan Pas kawasan menambah isu menarik bagi pemilihan parti itu kali ini.
Beliau yang memberi laluan kepada Datuk Nor Hamzah yang juga merupakan yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dilihat agak janggal.
Ini kerana kebiasaannya seorang menteri besar merupakan pimpinan utama akar umbi parti.
“Doh guane Dr Seng takmboh jadi YDP kawasang doh ning, pelik ning MB tok pegang jawatan di kawasang.”
Ribut-ribut pemilihan yang bertiup ada membawa khabar berita yang selepas pemilihan Pas, jawatan Menteri Besar juga akan turut bertukar.
“Doh guane, pah larak nok tukor MB pulok ning, ke sek ulama perang pulok nge sek profesional?”
Kedudukan Dr Samsuri dalam arena politik Terengganu dilihat semakin sukar akhir-akhir ini, lebih-lebih lagi khabar angin juga bertiup kencang menyatakan Presiden Pas sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal berundur pada pemilihan kali ini.
“Dengor kabo Ayoh Chik nok bereti doh, kalu Ayoh Chik bereti pah kire Dr Seng bereti jugok ar okk, tok gitu?”




