Subsidi minyak masak peket tidak akan dimansuh – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang memansuhkan subsidi minyak masak peket.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, kenyataannya sebelum ini berhubung isu terbabit diambil di luar konteks, sebaliknya beliau menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan menjurus kepada pemansuhan subsidi barangan keperluan itu.

“Soalan itu sebenarnya diputar-putar, saya ditanya dalam forum terbuka mengenai (subsidi) minyak peket, jadi jawapan saya ialah jawapan umum dan sudah tentu semua pelaksanaan program kerajaan ini memang disemak untuk mengurangkan ketirisan.

“Tugas dan penentuan itu dibuat oleh KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), jadi setakat ini tidak ada keputusan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Innovathon Musim Kedua di Putrajaya lapor BH pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan isu pemansuhan subsidi minyak masak peket ada dibincangkan kerajaan bagi mengatasi masalah ketirisan.

Bagaimanapun, Rafizi dilaporkan berkata, terdapat risiko tertentu untuk pelaksanaan pemansuhan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sekiranya kementerian berkaitan mempunyai sebarang cadangan berhubung isu terbabit, ia boleh dikemukakan kepada Kabinet.

“Contohnya program minyak masak berpaket ini, memang kita semua tahu ada ketirisan, memang kita semua tahu ada masalah kerana tidak sampai kepada orang yang sepatutnya menerima.

“Sama ada perkara itu ada keputusan atau tidak, itu terpulang kepada kementerian, kalau mereka ada cadangan, mereka akan bawa kepada Kabinet,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16