Sinaran Malaysia menyerlah semula di persada dunia – PM

KUALA LUMPUR – Sepanjang lawatan kerja rasmi 11 hari di luar negara telah menyerlahkan semula ‘sinaran’ Malaysia di persada dunia, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan apa yang paling berharga bukanlah semata-mata pencapaian atau perjanjian yang termeterai, tetapi semangat kebersamaan dan sikap masyarakat antarabangsa yang mengambil serius pandangan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa tegas mendukung nilai keinsanan, keadilan, menjulang kecemerlangan serta inklusif.

“Alhamdulillah, sepanjang 11 hari yang penuh bermakna ini, kita terus melangkah dengan keyakinan dan penuh tawaduk menyerlahkan semula ‘sinaran’ Malaysia di persada dunia.

“Memenuhi undangan lawatan rasmi dan pertemuan daripada rakan-rakan sejawatan dari 19 negara, ia sekali gus mengeratkan hubungan antarabangsa dan membuka jalan kepada peluang baharu untuk kemakmuran rakyat dan negara ketika landskap geopolitik dunia sarat dengan ketidaktentuan.

“Dalam pelbagai pertemuan rasmi dan dialog tersebut, usaha tertumpu kepada aspek memantapkan kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, dan inisiatif bersama yang bermanfaat dan dirasai oleh rakyat khususnya serta komuniti Asean amnya,” kata Anwar dalam kenyataan pada Rabu.

Namun begitu Perdana Menteri berkata, perjalanan Malaysia masih jauh.

“Esok, saya akan menerima kunjungan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam di Putrajaya dan Ahad ini saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk terus meneroka peluang ekonomi yang baharu dan mengukuhkan kerjasama yang sedia erat antara kedua-dua negara.

“Saya dan pasukan juga sedang merangka persiapan menerima kunjungan rasmi barisan pemimpin utama dari pelbagai negara pada Disember nanti, Insya-Allah.

“Doakan agar setiap usaha ini terus diberkati dan menjadi asas trajektori baharu masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia.

“Saya dan pasukan Kerajaan Madani akan terus mendengar, berkhidmat, dan mengangkat darjat serta martabat rakyat serta negara di persada dunia,” ujar Perdana Menteri.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16