Subsidi bahan api meningkat RM3.2 bilion sebulan susulan konflik Asia Barat

PUTRAJAYA – Perbelanjaan kerajaan bagi subsidi petrol dan diesel kini meningkat sehingga RM3.2 bilion sebulan susulan kenaikan harga minyak global akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding kira-kira RM700 juta sebulan sebelum konflik di rantau berkenaan tercetus.

Beliau berkata, di bawah inisiatif BUDI95, kerajaan kini menampung subsidi sebanyak RM2 bilion bagi petrol RON95 dan RM1.2 bilion bagi diesel setiap bulan bagi memastikan rakyat terus menerima manfaat serta tidak terlalu terkesan dengan kenaikan harga pasaran global.

‘Walaupun Kerajaan MADANI menangani implikasi kenaikan harga minyak global, kerajaan akan terus mengambil penekanan untuk memastikan rakyat disokong dan kita dapat mengekalkan pemberian inisiatif BUDI95.

“Beban ini masih boleh ditampung kerajaan kerana kita sudah melaksanakan banyak reformasi dan konsolidasi fiskal dalam tiga tahun Kerajaan MADANi memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengulas kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan bahan api berikutan peningkatan permintaan menjelang Aidilfitri serta cuti persekolahan minggu hadapan, Amir Hamzah menegaskan keadaan itu tidak dijangka berlaku.

“Seperti mungkin semua orang sedia maklum, arahan daripada Kabinet ialah saya untuk mempengerusikan jawatankuasa silang kementerian.

“Di bawah pengawasan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), mereka pantau stok bekalan (bahan api) yang ada di stesen minyak dan juga stok yang ada di syarikat minyak dan menjadi kebiasaan setiap kali perayaan mereka akan pastikan ada cukup bekalan minyak,” katanya.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

Sasaran 16 DUN PAS cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

Sasaran 16 DUN PAS cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan