MA63 bukan lagi retorik, JKOM perkukuh peranan KAWAN tangkis maklumat palsu

KUCHING – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menyifatkan pelaksanaan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini bukan sekadar retorik politik sejak pentadbiran Kerajaan MADANI diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, kestabilan politik di bawah Kerajaan MADANI sepanjang empat tahun lalu telah membolehkan banyak perkara yang dahulunya terabai, kini diberi tumpuan penuh dan dilaksanakan satu persatu demi kelangsungan hidup rakyat.

“Pencapaian ini bertitik tolak daripada detik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Keputusan penting wilayah Sarawak dan Sabah yang secara keseluruhannya mewakili 57 kerusi untuk memberikan sokongan adalah sangat penting dalam pembentukan kerajaan hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni rakan-rakan Komuniti Aktiviti Warga (KAWAN) dalam program Ramadan Al Kareem: Tok Abah Bersama KAWAN di Menara SSM, Kuching pada Jumaat.

Menyentuh mengenai peranan komuniti, Ismail berkata pertemuan santai itu bukan sekadar sesi berbual kosong, sebaliknya menjadi platform penting untuk merapatkan silaturahim serta memperkukuh jaringan komunikasi antara JKOM dengan akar umbi.

Beliau menegaskan bahawa dalam era maklumat tanpa sempadan, KAWAN memegang tanggungjawab besar sebagai jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. 

“Suara komuniti amat diperlukan bagi memastikan maklumat yang tepat sampai ke bawah, di samping menangkis penyebaran berita tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat.

“Program seperti ini mengingatkan kita bahawa komunikasi yang paling berkesan bukan hanya melalui pentas rasmi, tetapi melalui hubungan pertemuan, perbualan, dan kepercayaan yang dibina bersama,” tambah beliau.

Mengakhiri pertemuannya, Ismail menzahirkan penghargaan buat sahabat KAWAN di Sarawak atas komitmen dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan, dan memberi jaminan JKOM akan terus memperkukuh kerjasama tersebut agar dasar serta inisiatif Kerajaan MADANI benar-benar difahami dan dirasai manfaatnya oleh rakyat di seluruh negara.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar