Sukan jadi platform perpaduan rakyat – Abdul Karim

KUCHING – Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 menjadi platform perpaduan rakyat.

“Penyertaan pelbagai latar belakang masyarakat bukan sahaja mengeratkan rakyat Sarawak tetapi hubungan antara rakyat Malaysia,” kata beliau.

Tambah beliau, tema SUKMA pada kali ini iaitu Semangat Perpaduan Membara menjadi wadah penyatuan rakyat Malaysia.

“Sukan mampu meningkatkan ruang interaksi sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum sekali gus mengukuhkan perpaduan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam SUKMA XXI (Ke-21) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata lagi menang dan kalah merupakan adat pertandingan.

“Yang pasti dalam mengharungi pingat, kita dapat mewujudkan ikatan silaturahim dalam kalangan atlet,” ujar beliau.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet yang akan dibekalkan seribu kenangan manis dalam SUKMA kali ini.

Related Posts

SK Padang Kubu dinobat juara Rayyan Cup Silverpool 2025

PASUKAN hoki bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Rayyan Cup 2025 (Silverpool) setelah menewaskan SK Tengkawang, Hulu Terengganu dalam perlawanan akhir yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy puji semangat melawan Sri Pahang FC

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memuji komitmen pemain Sri Pahang FC biarpun gagal menjulang Piala Malaysia selepas tewas 2-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif