Kempen pilihan raya: Tindakan disiplin diambil jika terbukti guna jentera kerajaan

KUALA LUMPUR – Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan ketika kempen pilihan raya, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Jemaah Menteri sudah memutuskan sebarang penggunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Sebaik selesai hari penamaan calon, menteri atau timbalan menteri tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen. Kalau ada bukti tentunya kita ambil tindakan wajar.

“Saya tidak berdolak dolak sama ada sebelah sini (kerajaan) atau sana (pembangkang). Jika ada menteri atau agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan, ia sudah langgar komitmen Jemaah Menteri dan tindakan mesti diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Haji Awang bin Hashim (PN-Pendang) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – Berita Harian

Related Posts

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

PENDEKATAN bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menubuhkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat mempunyai unsur kekecewaan yang mendalam dan sikap mudah mengaku kalah setiap kali berhadapan tekanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti Kancil Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun M – MAPAN

PARTI Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Profesor Madya Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban