Steven Sim gembira ‘anak’ boleh berjalan semula

“ANAK saya berjalan semula”, demikian perkongsian gembira dimuat naik Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Keong mengenai kisah seorang kanak-kanak, Rayyan yang lumpuh akibat pendarahan otak dibantunya setahun lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Ahad, beliau difahamkan menggunakan duit poketnya sendiri sebanyak RM20,000 bagi membolehkan Rayyan yang ketika itu hanya terbujur kaku menjalani pembedahan segera.

Katanya, bapa kanak-kanak itu tidak berkemampuan memandangkan hanya bekerja di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) manakala proses mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib pula memakan masa panjang.

“Rayyan bukan anak saya tapi hati saya rasa pilu dan perit sebab dia lebih kurang sebaya dengan anak saya.

“Jadi saya faham sangat perasaan seorang bapa. Ketika itu saya timbalan menteri. Tapi nak guna peruntukan kerajaan tidak sempat sebab ada proses dan garis panduan tertentu.

“Nak selamatkan nyawa tak boleh nak tunggu proses bagai. Jadi saya kasi ‘teruih’ RM20,0000 dari poket sendiri untuk tanggung kos pembedahan.

“Selepas pembedahan, saya biaya kos fisioterapi adik Rayyan selama setahun. Saya habaq kat ayah dan ibu Rayyan jangan risau pasal duit, fokus saja untuk berubat buat anak mereka,” katanya.

Beliau dalam ada masa sama turut memuat naik video di laman TikTok ketika berkunjung ke kediaman Rayyan baru-baru ini.

Tambahnya, selepas setahun berlalu, beliau menerima berita gembira kanak-kanak itu sudah boleh kembali berjalan.

“Hatiku luluh, air mata jatuh berlinangan selepas melihat Rayyan tersenyum dan datang memeluk saya. Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa seorang manusia, ia benar-benar paling bernilai,” katanya.

Jelas beliau, sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam, beliau melayan semua orang kampung seperti anak sendiri.

“Bak kata PMX, Datuk Seri Anwar lbrahim, anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban atau anak Kadazan, mereka semua anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Steven turut mengimbau detik-detik awal ketika beliau menyertai politik yang mana sasarannya hanya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dengan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

“Hari ini, adik Rayyan mengingatkan saya tentang iltizam saya untuk melangkah ke kancah politik 14 tahun lalu, walaupun penuh cabaran, walaupun kadang-kala dicerca, dimaki dan difitnah, namun semuanya berbaloi kalau saya dapat membantu seberapa ramai orang yang susah,” katanya.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026