Kekalahan di PRK Sg Bakap bukan petanda Kerajaan Perpaduan lemah

KEKALAHAN Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencetuskan gelombang kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Malah, pembangkang turut mendakwa kekalahan itu merupakan referendum dan kebangkitan rakyat menentang PMX.

Namun, dakwaan itu disifatkan lemah memandangkan majoriti PRK sebelum ini dimenangi PH dan ianya jelas bukti kukuh rakyat mahu sebuah kerajaan yang stabil dan kompeten bagi memacu pembangunan setempat.

Laungan pembangkang itu hanyalah sekadar taktik murahan mengalihkan perhatian rakyat terhadap kekalahan teruk di empat PRK sebelum ini, untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Sejak bermulanya era Kerajaan Madani, sebanyak enam PRK telah diadakan, malah majoriti daripadanya berjaya ditawan oleh Kerajaan Perpaduan.

Kemenangan dalam empat PRK jelas memberi gambaran penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dan dasar-dasar Kerajaan Madani.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dalam PRK kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi.

Ianya diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Dalam pada itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan keputusan PRK itu sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, meskipun kalah, parti itu akan terus berusaha melakukan perubahan demi masa depan Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih baik.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James