Pekebun rugi RM80,000 disamun kumpulan lelaki bertopeng, bersenjata

KOTA BHARU – Seorang pekebun berdepan detik cemas apabila digari, diacukan parang oleh 10 penyamun yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di sebuah rumah bangsal kebun tembikai Kampung Lepan Anjung, Stong Dabong, Kuala Krai Kelantan membabitkan kerugian RM80,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, selain bersenjatakan parang kumpulan terbabit juga bersenjatakan objek menyerupai pistol ketika menyamun pekebun berusia 40 tahun itu.

Katanya, penyamun terbabit turut melarikan barang berharga dan sebuah pacuan empat roda milik mangsa.

“Sekumpulan lelaki bertopeng itu dikatakan menendang pintu sebelum menceroboh bangsal yang didiami mangsa.

“Kumpulan suspek terbabit memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan salah seorang daripada mereka memegang objek menyerupai pistol manakala suspek turut mengacukan parang di leher mangsa sambil memaklumkan mangsa sudah melakukan kesalahan jenayah dan akan ditangkap.

“Tangan mangsa turut digari dan kaki diikat menggunakan tali. Selepas itu suspek mengambil barangan milik mangsa termasuk wang tunai RM7,000, telefon bimbit, dua jam tangan berjenama dan sebuah kereta Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Justeru katanya, mana-mana saksi yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung dengan Pengawai Penyiasat kes, Inspektor Qusyairi di talian 011-24359850 atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026