STAR Jengka kekal aset strategik FELDA

KUANTAN – Kewujudan Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Jengka kekal memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai ruang aktiviti sukan, malah turut menyumbang kepada ekosistem pembangunan FELDA secara inklusif meliputi aspek sukan, sosial, kerohanian dan ekonomi.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, stadium itu adalah antara aset strategik milik FELDA yang dimanfaatkan secara optimum oleh pelbagai pihak.

“Sejak awal, stadium ini bukan sahaja menjadi pusat kepada acara rasmi FELDA seperti Karnival Segalanya FELDA 2024, Kejohanan Piala Pengerusi FELDA, dan Piala Pengarah Besar FELDA 2025, malah turut disewakan kepada penganjur luar untuk pelbagai program seperti kejohanan bola sepak, pameran keusahawanan serta acara komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan pada sidang DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Amizar berkata, kemudahan sedia ada di STAR seperti padang bola sepak, ruang jualan, galeri, kafe dan bilik mesyuarat terus menjadi pilihan untuk penganjuran pelbagai program pembangunan sosial dan komuniti setempat.

“Pengurusan stadium juga diatur secara sistematik dengan petugas khas bagi memastikan setiap penggunaan berjalan lancar dan profesional,” katanya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Pahang menerusi pengurusan FELDA juga menekankan aspek penyelenggaraan berkala bagi memastikan fasiliti kekal dalam keadaan terbaik bukan hanya dari sudut fizikal, tetapi juga dari segi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Related Posts

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

KUCHING – Sejarah Nusantara sering kali sarat dengan kisah perpaduan, namun pendedahan mengenai sejarah Istana Kesultanan Melayu di Kalimantan Barat benar-benar membuktikan betapa indahnya asimilasi budaya antara pelbagai etnik di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembangunan semula FELDA Bukit Goh sedang diteliti

KUANTAN – Pahang melalui Jawatankuasa Khas Penyelarasan Cadangan Pembangunan Kawasan FELDA Bukit Goh sedang meneliti beberapa cadangan syarikat kontraktor bagi memulih dan membangunkan semula kawasan itu yang terjejas akibat perlombongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

Pembangunan semula FELDA Bukit Goh sedang diteliti

Pembangunan semula FELDA Bukit Goh sedang diteliti

Pengesahan umur jadi benteng ampuh lumpuhkan anonimiti penjenayah siber

Pengesahan umur jadi benteng ampuh lumpuhkan anonimiti penjenayah siber

Hubungan bersejarah Sarawak, Sambas terus terjalin melalui pemeliharaan warisan bersama

Hubungan bersejarah Sarawak, Sambas terus terjalin melalui pemeliharaan warisan bersama

JKR Sarawak nafi gambar tular Jambatan Batang Lupar 1

JKR Sarawak nafi gambar tular Jambatan Batang Lupar 1

Kerajaan, syarikat e-hailing bincang kerjasama rancakkan pelancongan Miri

Kerajaan, syarikat e-hailing bincang kerjasama rancakkan pelancongan Miri