Kemudahan kargo baharu di Sandakan kukuh daya saing ekonomi kawasan

SANDAKAN – Pembangunan kemudahan kargo baharu di Sandakan memperkukuhkan daya saing ekonomi kawasan itu terutama dalam sektor logistik, perindustrian dan eksport pertanian.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, kemudahan tersebut bukan sahaja akan merancakkan aktiviti perniagaan tempatan malah membuka peluang baharu untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran seluruh negara dan antarabangsa.

“Kemudahan ini merupakan pelaburan penting dalam infrastruktur Sandakan yang akan mencipta peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi khususnya dalam menyokong industri kenderaan elektrik (EV) yang sedang berkembang di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) serta memperkukuh kapasiti eksport pertanian kita,” katanya ketika merasmikan pelancaran terminal kargo GTR Sdn Bhd Terminal Warehouse di VIP Room Lapangan Terbang Sandakan, di sini pada Rabu.



Tambah beliau, kesan pembangunan ini akan melangkaui kawasan lapangan terbang sahaja, malah turut memberi manfaat kepada sektor makanan laut Sandakan yang terkenal melalui penghantaran lebih segar dan bernilai tinggi ke pasaran luar negara.

Dalam pada itu, katanya, pengeluar hasil pertanian juga bakal menerima manfaat besar apabila rangkaian pengedaran diperluas seterusnya mengurangkan pembaziran dan meningkatkan keuntungan.

Beliau berkata, ini seiring dengan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM610.85 juta bagi pembangunan sektor pertanian pada tahun 2025.

“Kemudahan ini sangat penting bagi perniagaan e-dagang kita yang sedang berkembang.

“Keupayaan logistik yang dipertingkatkan akan membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih cekap dan meluaskan capaian ke pasaran yang sebelum ini sukar diakses dari Sandakan,” katanya.

Menurut beliau pelaburan ini amat bertepatan dengan usaha kepelbagaian ekonomi di Sabah termasuk penubuhan kilang pemasangan kenderaan elektrik pertama di POIC yang melibatkan pelaburan RM100 juta menjelang 2028 serta bakal menyediakan sehingga 500 peluang pekerjaan.

“Saya sendiri telah lama memperjuangkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan ini termasuk pembinaan jalan dua hala dari Batu 16 ke Batu 32 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

“Pelancaran terminal kargo ini melengkapkan usaha tersebut dalam membentuk pendekatan menyeluruh terhadap cabaran logistik kita,” jelasnya.

Beliau turut menyeru komuniti perniagaan tempatan agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini untuk meneroka pasaran baharu, membina kerjasama strategik dan mencipta inovasi baharu.

Vivian juga merakamkan penghargaan kepada pihak GTR atas kepercayaan memilih Sandakan sebagai titik permulaan pengembangan di Sabah.

“Pelancaran terminal kargo ini adalah pemangkin kepada transformasi ekonomi yang lebih menyeluruh di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GTR, Musdalifa Abdulah berkata, penyelesaian logistik yang menyeluruh adalah elemen utama dalam memperkukuh ekosistem perniagaan.

“Kita bukan sahaja melihat kepada operasi
Terminal Kargo, tetapi proses GTR, Teleport dan Cargo Terminal Operations (CTO) boleh meningkatkan keseluruhan rantaian nilai,” katanya.

Musdalifa turut menekankan kepentingan penciptaan pekerjaan berkualiti bagi penduduk tempatan.

“Nampak seperti kerja mudah, tapi tugas ini amat penting demi menjamin keselamatan pesawat dan penumpang.

“Harapan kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbakat kepada anak tempatan di Sandakan,” ujarnya.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA