SSM perkenal Program Pendigitalan Perniagaan 2025, perkasa usahawan

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memperkenalkan Program Pendigitalan Perniagaan 2025 (PPP25) sebagai inisiatif menyokong usaha kerajaan memperkasa dan membangunkan usahawan.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PPP25 merupakan inisiatif baharu SSM bagi menyokong agenda pembangunan perniagaan para usahawan B40 dan bakal usahawan melalui pendigitalan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Sebagaimana kita tahu bahawa digitalisasi atau pendigitalan ini merupakan salah satu strategi yang perlu dimanfaatkan oleh komuniti usahawan kita dan juga bakal-bakal usahawan.

“la boleh membantu peningkatan perniagaan mereka sama ada dalam konteks meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan juga yang paling penting sebagai usaha untuk strategi pengiklanan mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan PPP25, di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah, di sini pada Sabtu.

Fokus utama PPP25 adalah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang manfaat dan kepentingan pendigitalan dalam mengembangkan pasaran, memperkasa produktiviti dan meningkatkan kualiti.

Jelasnya, pendigitalan perniagaan tidak hanya mampu meluaskan capaian usahawan kepada pelanggan berpotensi malah turut membantu mengurangkan kos operasi secara signifikan, terutamanya kos sewaan premis fizikal dan pengiklanan.

“Jadi itu sebabnya kita galakkan supaya komuniti usahawan kita untuk memanfaatkan teknologi digital.

“Ada pelbagai agensi kerajaan yang membantu dalam usaha untuk kita menggerakkan, membangunkan komuniti usahawan yang lebih berdaya maju,” katanya.

Armizan berkata, e-dagang adalah antara sektor yang memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pada tahun 2023 e-dagang telah menyumbang sebanyak RM248.4 bilion iaitu 13.6 peratus kepada KDNK Malaysia.

“Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hasil pendapatan sektor ini juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak enam peratus daripada RM1,037.2 bilion pada tahun 2021 kepada RM1099.7 bilion pada 2022,” ujarnya.

Katanya, peningkatan itu menunjukkan sektor e-dagang mencapai jumlah pendapatan melebihi RM1 trilion dan dijangka akan berkembang dengan sasaran jumlah pendapatan sebanyak RM1.65 trilion pada tahun 2025.

Justeru itu, Armizan berkata, KPDN akan terus komited untuk menggerakkan usaha meningkatkan prestasi sektor perdagangan dan pengedaran serta melaksanakan strategi melalui pendekatan seluruh negara dalam memanfaatkan pendigitalan sebagai teras lonjakan.

Pada majlis perasmian PPP25 itu, beliau turut menyampaikan sumbangan SSM iaitu Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM45,000 dan Wakalah Zakat Korporat bernilai RM107,518 kepada golongan memerlukan di Sabah.

Sebagai rekod, program ini akan diadakan di tiga negeri iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Terengganu bagi tahun ini.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam