SPRM tidak pilih bulu, ada yang kecut perut, tidur tak lena

BERITA pengesahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram pasti membuatkan orang politik kecut perut dan tidur malam tak lena.

Malah mungkin ada yang membuat kerja ‘overtime’ di tengah malam ketika ini bukan untuk melipat gandakan ibadat sempena Ramadan tetapi ‘melenyapkan’ ‘safehouse’ dengan memindahkan wang mereka daripada dihidu pihak berkuasa.

Hakikatnya jika mereka ‘bersih’ daripada segala aktiviti rasuah, tiada apa yang nak dibimbangkan dan boleh tidur lena hingga ke subuh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak memburu mereka yang bersih, cekap dan amanah.

Meskipun Ismail Sabri adalah bekas Perdana Menteri, namun pembongkaran skandal rasuah susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam ‘safehouse’ menunjukkan sikap tidak pilih bulu pihak SPRM dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.

Ini selari dengan tekad Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 untuk memerangi amalan rasuah yang merompak kekayaan negara.

Malah Perdana Menteri berulang kali menegaskan beliau memberi lampu hijau kepada SPRM untuk mengheret mereka yang terlibat dalam gejala rasuah ke muka pengadilan.

Tidak kira sama ada pesalah rasuah itu ‘ikan bilis’ atau ‘jerung bergigi tajam’, SPRM diberi kuasa penuh membersihkan amalan rasuah dari terus membarah sekali gus boleh merosakkan keharmonian negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan pihak SPRM tiada mempunyai motif politik dan melakukan kes terpilih dalam membongkarkan kes rasuah yang turut terpalit Ismail Sabri.

Justeru, beliau berkata antara tindakan dilakukan SPRM terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan itu ketika ini adalah meminta beliau melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM.

“Penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan mengesahkan Ahli Parlimen Bera sebagai seorang suspek,” katanya pada sidang media, semalam.

Menyorot kembali sepanjang hampir tiga tahun pemerintahan Kerajaan Madani, beberapa tokoh ternama telah diberkas SPRM dan ada yang didakwa di mahkamah.

Beberapa tokoh pemimpin pembangkang, anak serta kaum kerabat mereka tidak terlepas dan telah menjadi kluster mahkamah kerana disabitkan dalam beberapa jenayah rasuah.

Saban hari ada sahaja berita penangkapan rasuah yang turut melibatkan beberapa penjawat awam yang terdiri daripada kakitangan bawahan hingga pangkat atasan diheret ke muka pengadilan sekali gus menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Madani ini untuk tidak berkompromi memerangi amalan rasuah di negara ini.

Mungkin ada cakap-cakap, “Tak adakah keistimewaan kepada Ismail Sabri kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri, pernah memimpin pentadbiran negara, lagi pun beliau adalah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.”

Mesejnya jelas, pentadbiran Kerajaan Madani dipimpin Anwar ini tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah, apatah lagi merompak kekayaan negara.

“Menjadi ahli politik, wakil rakyat, atau menteri bukan tiket untuk menjadi kaya dengan merompak, sakau kekayaan negara,” itulah ucapan yang sering dilaungkan Anwar dan didengari rakyat Malaysia.

Hakikatnya yang perlu semua warganegara Malaysia ketahui ketika ini ialah setiap individu yang terbabit dalam jenayah rasuah pasti tidak terlepas, lambat laun akan ‘kantoi’ juga di tangan SPRM dan didakwa di mahkamah.

Apa pun Ismail Sabri baru diumum sebagai suspek, biarlah peringkat seterusnya yang menentukan beliau bersalah atau tidak.

Related Posts

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

PEMBANGKANG kini kembali dengan skrip lama iaitu menabur janji bulan dan bintang setiap kali pilihan raya akan menjelang. Kali ini, sasaran mereka ialah golongan pesawah. Janji yang dilemparkan bukan kecil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town