Razman direhatkan dari tugas Pesuruhjaya Pas Perak?

SANDIWARA atau auta?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol, Razman Zakaria sekali lagi dalam diam mahu kisahnya diseru.

Adakah ini ‘sandiwara’ Pas menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning atau sekadar auta?

Terbaharu ucapan sempena Ramadan yang dimuat naik di Facebook miliknya mencetuskan persoalan apabila beliau dengan sengaja atau disengajakan tidak menyatakan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pas Perak di poster ucapannya itu.

Poster itu hanya memaparkan gambar Razman sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak, ADUN Gunong Semanggol dan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak.

Namun, ada suara menyatakan bahawa beliau dilaporkan telah direhatkan daripada tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Keputusan itu didakwa dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat ekoran beberapa isu yang melibatkan pemimpin itu.

Ia termasuk kes terbaharu mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).

Pada Januari lalu, Razman mengemukakan permohonan maaf kepada Hannah selepas mengakui wujud kesalahan fakta dalam ucapannya yang mendakwa pemimpin DAP itu sebagai ‘anak YTL’.

Bagaimanapun sumber dari parti tersebut memaklumkan sehingga kini, tiada sebarang makluman mahupun surat rasmi diterima berhubung perkara (direhatkan) itu.

Bahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin turut ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.

Untuk rekod, sebelum ini, Razman juga beberapa kali kerap terlepas cakap dan berkesudahan dengan permohonan maaf.

Sebelum ini, beliau turut menyampaikan permohonan maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berhubung fitnah mengaitkan Pengerusi DAP Perak itu dengan insiden mengibar bendera negara China di Teluk Intan.

Sekali lagi tindakan maaf berulang juga dibuat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ekoran ucapannya dalam satu himpunan di Dataran Menara Condong di Teluk Intan.

Adakah ini yang dikatakan ‘kerana mulut badan binasa’?

Jangan marah ye Pak Teh. Selamat Menyambut Ramadan Kareem juga buat Pak Teh dan semua pembaca.

Related Posts

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

PEMBANGKANG kini kembali dengan skrip lama iaitu menabur janji bulan dan bintang setiap kali pilihan raya akan menjelang. Kali ini, sasaran mereka ialah golongan pesawah. Janji yang dilemparkan bukan kecil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang