SPRM Sabah syor perkukuh tatakelola permohonan lesen perniagaan DBKK

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengesyorkan tiga cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhubung isu permohonan lesen perniagaan menggunakan surat perwakilan kuasa.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, antara cadangan itu termasuk mewujudkan kaedah pemeriksaan balas terhadap permohonan lesen perniagaan, khususnya yang menggunakan surat wakil kuasa.  

“Selain itu, garis panduan baharu turut dicadangkan melibatkan penggantungan dan pembatalan lesen perniagaan yang mempunyai aduan, dengan penubuhan jawatankuasa seperti Jawatankuasa Penentuan Penggantungan Lesen dan Jawatankuasa Pembatalan Lesen bagi memastikan keputusan dibuat secara lebih teratur.

“Cadangan lain termasuk menguatkuasakan tindakan untuk pemeriksaan balas dengan pemilik lesen berkenaan status terkini lesen perniagaan yang didaftarkan dan aktiviti perniagaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, cadangan itu dibuat selepas siasatan awal susulan aduan diterima tahun lalu mendapati berlaku pemalsuan dokumen bagi mendaftarkan syarikat di DBKK dan Pejabat Daerah di sekitar Sabah.

“Bagaimanapun, siasatan dijalankan mendapati wujud kelemahan di dalam permohonan ini di mana pemilik-pemilik syarikat yang dikesan mengesahkan tidak pernah memohon, memberi atau mengarahkan mana-mana individu menggunakan dokumen peribadi bagi tujuan mendaftarkan syarikat di DBKK.

“Selain itu, pemilik syarikat tidak tahu nama dan salinan kad pengenalan mereka telah digunakan untuk permohonan lesen perniagaan di DBKK,” ujarnya.

Cadangan itu disambut baik oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon, yang bersetuju mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global