Kadar dividen konvensional, syariah sama tinggi berpotensi tarik minat pencarum Islam

PERTAMA kalinya kadar dividen simpanan syariah menyamai simpanan konvensional Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) merupakan satu perkembangan baik dalam menarik pencarum beragama Islam.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana daripada lebih 16 juta pencarum beragama Islam, hanya 2.2 juta pencarum sahaja yang pada masa ini memilih simpanan syariah.

“Tarikannya lagi ialah untuk yang membuat simpanan syariah, dividen yang diterima tidak perlu dilakukan penyucian, tetapi mereka yang menyimpan dalam konvensional masih perlu melakukan penyucian untuk sebahagian dividen itu kerana diperolehi daripada sumber yang tidak patuh syariah.

“Saya lihat prestasi simpanan syariah yang menghasilkan dividen yang sama tinggi dengan konvensional ini adalah satu juga perkembangan yang baik yang menunjukkan bahawa KWSP mampu memastikan tidak kira jenis pelaburan mana masih lagi boleh memberikan pulangan yang setimpal,” katanya kepada The Malaysia Press.

Pada Sabtu, KWSP mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan syariah.

Kadar dividen bagi simpanan konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; manakala bagi simpanan syariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 bilion.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.

Katanya, kemampuan ini juga boleh dilihat sejak 2024 apabila pelaburan syariah dan bukan syariah ini telah diasingkan secara keseluruhannya membolehkan strategi yang lebih berkesan dilakukan bagi memastikan pelaburan oleh KWSP memberikan pulangan yang setimpal.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, peningkatan ini juga adalah sebahagian daripada kecekapan KWSP memandangkan perbezaan kadar dividen terdahulu berbeza hampir satu peratus antara simpanan konvensional dan simpanan syariah.

“Kita tengok bahawa tahun 2024 merupakan satu lonjakan besar daripada 5.4 peratus kepada 6.3 peratus, berbanding dengan simpanan konvensional, dari 5.5 peratus kepada 6.3 peratus.

“Pertamanya, ini merupakan satu kecekapan baharu kepada pasukan pengurusan ini yang menumpukan perhatian dalam mengurus dana syariah untuk membuktikan bahawa dana syariah adalah sama berdaya maju, mungkin boleh lebih menguntungkan daripada simpanan dana konvensional.

“Keduanya, dalam tempoh satu dua tahun ini, perkembangan dalam pelaburan yang berteraskan syariah mendapat perhatian yang lebih baik dan besar daripada pelabur-pelabur seluruh dunia. Khususnya berkait dengan sukuk, berkait dengan pelaburan yang dalam teknologi, misalnya,” katanya.

Tambah Barjoyai, berdasarkan pulangan positif ini, beliau memberikan saranan kepada Kerajaan Madani dan KWSP untuk melakukan promosi untuk menggalakkan para pencarum beragama Islam bertukar kepada simpanan syariah.

“Mungkin dahulu mereka mungkin kurang yakin dengan dana pelaburan berteraskan syariah. Jadi kalau melihat kadar pulangan ini, kita hanya memerlukan sedikit promosi untuk menggalakkan mereka mengubah daripada sistem simpanan konvensional kepada sistem syariah.

“Jadi kita kena buka semula dan galakkan untuk pencarum-pencarum menukar status pelaburan mereka,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam