Sheikh Hasina letak jawatan, lari tinggalkan Dhaka

DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina meletak jawatan hari ini dan melarikan diri dari negara itu.

Beberapa sumber berkata, ini susulan lebih ramai orang terbunuh dalam beberapa keganasan terburuk sejak kelahiran negara Asia Selatan itu lebih lima dekad lalu.

Panglima tentera Jeneral Waker-Us-Zaman berkata dalam ucapan di televisyen bahawa Hasina, 76, telah meninggalkan negara itu dan kerajaan sementara akan dibentuk.

Laporan media mengatakan Hasina telah terbang dengan helikopter tentera bersama kakaknya dan menuju ke negeri Benggala Barat di timur India di seberang sempadan.

Satu lagi laporan berkata, dia menuju ke negeri timur laut Tripura di India.

Agensi media antarabangsa ketika ini tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang