Sokong dua peratus KWSP warga asing, jangan cipta diskriminasi kepada pekerja tempatan – MTUC

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2 peratus bagi pekerja asing sehingga kajian lanjut dijalankan.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia merupakan langkah awal ke arah memastikan hak pekerja asing terpelihara yang selaras dengan Konvensyen ILO C118 serta Artikel 68 Konvensyen 102 International Labor Organization (ILO), yang menetapkan prinsip hak sama rata perlindungan sosial kepada semua individu, termasuk bukan warganegara.

“Kadar caruman mandatori KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing itu terlalu rendah yang berkemungkinan tidak berbaloi dari sudut kutipan, pentadbiran dan pelaburan jangka panjang.

“Namun kadar caruman itu membolehkan majikan terus bergantung kepada tenaga kerja asing berbanding melabur dalam peningkatan produktiviti dan automasi,” katanya.

Bagaimana pun katanya, perkara itu bertentangan dengan objektif Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing selain meningkatkan daya saing industri dalam jangka panjang.

“Ia bukan satu penyelesaian yang menyeluruh, tetapi satu permulaan yang baik ke arah kadar caruman yang lebih saksama untuk semua pekerja, sama ada tempatan atau asing,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy menegaskan, majikan perlu mengambil pendekatan yang lebih holistik serta tidak mengamalkan diskriminasi antara pekerja tempatan dan asing.

“Pada masa sama, perlindungan pekerja tempatan harus menjadi keutamaan utama kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan dasar tenaga kerja.

“Dalam mewujudkan impak bagi jangka panjang, keperluan kadar caruman KWSP bagi pekerja asing dikaji semula agar selaras dengan kadar pekerja tempatan bagi mengelakkan jurang dalam perlindungan sosial dan memastikan kesaksamaan di tempat kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Effendy memaklumkan, MTUC akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap dasar yang diperkenalkan mengutamakan kebajikan pekerja tempatan.

“Setiap inisiatif yang dilakukan perlu mengekalkan serta mempunyai keadilan kepada pekerja asing yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Fokus utama kerajaan haruslah kepada memperkasakan hak dan faedah pekerja
tempatan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang perubahan terhadap dasar pekerja asing. Jaminan keselamatan sosial dan peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan perlu diutamakan dalam sebarang keputusan berkaitan tenaga kerja negara,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan kerajaan untuk melaksanakan kadar caruman mandatori KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing.

Beliau berkata, kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus.

Related Posts

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

INDEKS Kebahagiaan IPSOS 2025 mencatatkan Malaysia berada pada tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global sekali gus mengatasi beberapa negara maju di Asia. Berdasarkan hasil tinjauan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru KAFA, takmir, imam dapat duit raya RM250

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut kini boleh mengukir senyum menjelang Aidilfitri ini kerana bakal mendapat ‘duit raya’ daripada Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha