Premis di Pahang tidak boleh jual vape mulai tahun depan

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di semua premis perniagaan di negeri ini bermula tahun hadapan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, larangan itu akan dikuatkuasakan selepas tempoh kelonggaran diberikan hingga hujung tahun ini kepada peniaga menghabiskan stok sedia ada.

“Kita bagi masa hingga hujung tahun. Tahun hadapan, kita tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen kebenaran menjual vape di premis perniagaan.

“Maknanya tindakan penguatkuasaan juga mesti dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan selepas tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pasar Segar Serambi Teruntum.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Fakhruddin merakamkan penghargaan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas keprihatinan Baginda terhadap isu vape itu.

“Baginda sering menekankan tentang bahaya dan masalah penyalahgunaan vape ini dalam titahnya.

“Justeru, kita mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan titah ucapan tersebut dapat kita laksanakan sebaik mungkin di negeri ini,” ujarnya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan