SMK Selangau simbol harapan pendidikan masyarakat setempat – Christopher Gira

SELANGAU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selangau Baharu bakal menjadi simbol harapan pendidikan masyarakat di Selangau.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang, sekolah ini bukan hanya mengurangkan kesesakan di sekolah menengah sedia ada tetapi akses pendidikan berkualiti di Selangau.

“SMK Selangau menjadi simbol kemajuan pendidikan dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur pendidikan di luar bandar,” kata Christopher.

Selain itu, beliau menjelaskan reka bentuk sekolah tersebut bakal menempatkan 400 pelajar dilengkapi 18 bilik darjah dan kemudahan lain.

“Pembinaan ini dijangka siap dalam tempoh 36 bilan selari dengan jadual yang ditetapkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan tapak pembinaan SMK Selangau Baharu pada Sabtu.

Sementara itu, Christopher berkata pembinaan sekolah ini sangat penting dalam memastikan anak tempatan mendapat pendidikan berkualiti serta persekitaran yang kondusif.

Related Posts

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan oleh Universiti Yarmouk, Jordan, semalam. Anugerah disampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PUTRAJAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 400 batang kayu balak pelbagai saiz serta beberapa mesin berkaitan dalam serbuan di sebuah kilang kayu disyaki beroperasi secara haram di Kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini