Kelantan perlu bantu peniaga zon bebas cukai

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam mempromosi selain dapat melonjakan kembali ekonomi peniaga di Pekan Rantau Panjang dan Pengkalang Kubor sebelum ianya lenggang bagai dilanggar garuda.

Dua lokasi itu yang diiktiraf sebagai kawasan zon bebas cukai sehingga pernah menjadi ‘lubuk’ membeli-belah dilihat semakin suram dan sepi tanpa kemeriahan pengunjung sejak kebelakangan ini.

Keadaan itu bagaimanapun memberi kesan besar kepada perniagaan mereka malah pihaknya tidak menolak kemungkinan keadaan ekonomi ketika ini turut memaksa orang ramai berjimat cermat menyumbang kepada masalah itu.

Menurut peniaga alatan dapur yang juga merupakan Pengerusi persatuan peniaga zon bebas cukai Pengkalan Kubor, Halim Hussin,56, berkata, situasa perniagaan mereka semakin merosot jika dibandingkan sebelum ini.

Katanya, sebagai peniaga mereka memohon kerajaan terutama kerajaan negeri sendiri termasuk Majlis Daerah Tumpat (MDT) membantu mempromosi dan membangunkan kawasan itu sebagai antara destinasi ‘wajib’ singgah pelancong teutama sempena Tahun Melawat Kelantan.

“Kami mengharapkan pihak berwajib dapat memainkan peranana memajukan kawasan industri perniaagan zon bebas cukai seperti dapat masukan dalam senarai kelendar Tahun Melawat Kelantan itu salah satunya tempat yang perlu dilawatan juga adalah Pengkalan Kubor,” katanya.

Sementara itu, peniaga pakaian di pelan Rantau Panjang Murni Abdul Rahman, 47, yang telah menjalankan perniagaan sejak lebih 25 tahun turut meluahkan supaya kerajaan memainkan peranan merancakan kembali suasana serta kemeriahan di pekan berkenaan

Katanya, situasi itu berubah juga kemungkinan disebabkan ramai pelanggang lebih memilih untuk ke negara luar disebabkan tarikan kuasa viral menunjukan makanan dan tempat menarik.

“Kalau nak diikutkan sebenarnya tiada beza mana pun makanan ditempat kita dengan negara luar, cuma mungkin mereka memilih untuk kesana merasai sendiri kerana viral.

“Jadi kita harap semua pihak memainkan peranan dalam mempromosi tempat menarik di negara kita sendiri dalam masa sama dapat membantu merancakan ekonomi peniaga dalam negara kita,” katanya

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM