SMK Paku berhasrat dijadikan Sekolah Angkat Geopark

BAU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku berhasrat dilantik sebagai Sekolah Angkat Geopark, hasil penganjuran Program Taklimat Geotalk oleh Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark di sekolah tersebut pada Selasa.

Sarawak Delta Geopark (SDGp), yang diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-6 oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada 20 Jun 2022, meliputi kawasan seluas 311,246 hektar yang melibatkan daerah seperti Kuching, Bau, Padawan, dan Siburan.

SMK Paku berpotensi dilantik sebagai Sekolah Angkat Geopark kerana kedudukannya yang dikelilingi oleh batu mineral yang berusia jutaan tahun.

Program ini bertujuan memberi pemahaman kepada komuniti dan pelajar tentang kepentingan geopark kepada Sarawak.

Secara tidak langsung, ia memberikan impak positif dalam memperkukuhkan pengetahuan tentang alam sekitar, geologi, dan warisan tempatan.

Antara yang hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Bau, Raymond Jayasurya Jayaseelan, Pengetua SMK Paku, Anek Anpok, serta wakil Residen Bahagian Kuching, Joseph Liaw.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik