KL selamat dihuni, kawasan tanah jerlus terpencil

KUALA LUMPUR – Bandar raya Kuala Lumpur masih selamat untuk dihuni memandangkan kawasan tanah jerlus yang berlaku adalah setempat di mana punca disebabkan oleh kekuatan ricih tanah hilang kerana tanah menjadi tepu.

Pensyarah Geoteknik di Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Ir Dr Ismacahyadi Bagus Mohamed Jais berkata, ketepuan tanah berlaku disebabkan oleh beberapa punca antaranya apabila terdapat keretakan pada paip pembentung.

Justeru jelas beliau, ini mengakibatkan aliran air naik ke dalam kawasan tanah dan seterusnya menyebabkan tanah hilang kekuatan ricih dan berlakunya tanah jerlus.

“Pembentukan batu kapur di Kuala Lumpur juga adalah salah satu faktor yg boleh mengakibatkan tanah jerlus, namun jika elemen-elemen kejuruteraan mampan dipraktikan, kawasan pembangunan di sekitar Kuala Lumpur masih selamat diduduki.

“Kejadian tanah jerlus mungkin berlaku jika kajian atau laporan geoteknikal secara terperinci tidak diamalkan di mana kajian sub-profil tanah dan geologi tidak diambil kira semasa pembinaan,” katanya kepada TMP pada Rabu.

Namun menurut Ismacahyadi, pihak kerajaan tempatan telahpun menguatkuasa yakni perancangan pembangunan perlu mempunyai kajian geoteknikal dan alam sekitar sebelum sesuatu pembangunan dijalankan.

“Pihak berkuasa tempatan atau Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil langkah ini bagi mengelakkan kejadian tanah jerlus atau lubang benam berlaku.

“Antara cadangan penambahbaikan adalah melihat balik pelan atur susunan sistem saliran dan pembentungan di Kuala Lumpur serta profil geologi di Kuala Lumpur dengan menjalankan kajian geofizik atau siasatan tapak yg terperinci bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mengalami geobencana,” jelas beliau lagi.

Bukan cuma itu, Ismacahyadi juga memaklumkan langkah-langkah menguatkan struktur tanah dan gua batu kapur boleh dilakukan dengan kaedah ‘grouting’, penyuntikan bahan campuran konkrit atau bahan kimia ‘polyurethane foam’ serta impregnasi batuan dgn bahan ‘polyurethane resin’ bagi menguatkan pembentukan karst batu kapur atau dengan kaedah lebih agresif yang mana membina struktur asas yang kukuh di dalam gua batu kapur yang berpotensi mengalami keadaan lubang benam.

Perkembangan sama, hasil Mesyuarat Task Force Insiden Tanah Jerlus Masjid India yang diadakan semalam memutuskan bangunan dan kawasan Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan laporan pelbagai agensi berkaitan, kejadian tanah jerlus di jalan berkenaan sebelum ini adalah bersifat setempat.

Merujuk kepada maklumat geologi dan rekod penyiasatan tapak sedia ada, lokasi insiden tanah jerlus terletak atas pembentukan Bukit Kenny dan secara amnya terdiri daripada selang lapis batuan syis, filit dan kuarzit.

DBKL memaklumkan mesyuarat itu yang dipengerusikan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Mohamad Hamim, disertai agensi berkaitan bagi melaporkan hasil dapatan masing-masing dan ini termasuk wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Polis, Jabatan Bomba dan Indah Water Konsortium (IWK).

Selain itu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institusi Jurutera Malaysia (IEM) dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM