Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

KOTA KINABALU – Inisiatif penggunaan skuter dalam rondaan polis di taman rekreasi sekitar bandar ini dilihat sebagai pendekatan baharu yang lebih responsif dan mesra komuniti, khususnya dalam memastikan keselamatan warga emas serta pengunjung.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, pelaksanaan rondaan menggunakan skuter bertujuan meningkatkan keupayaan pencegahan jenayah di samping mempercepatkan bantuan kepada orang awam yang memerlukan.

“Tujuan utama rondaan ini adalah untuk mencegah jenayah. Pada masa sama, kita mahu membantu golongan veteran atau warga emas yang sering berjoging atau beriadah di kawasan ini.

“Sekiranya mereka berdepan sebarang masalah, tindakan segera boleh diambil,” katanya dalam Program Penyerahan Skuter Elektrik bagi Pencegahan Jenayah di Taman Botani Tun Fuad Stephens, di sini pada Isnin.

Menurut Kasim, penggunaan skuter memberikan kelebihan dari segi mobiliti dan kecekapan, terutama di kawasan tumpuan orang ramai yang sukar diakses oleh kenderaan rondaan konvensional.

“Kemudahan ini adalah khusus untuk kegunaan pihak berkuasa dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang awam.

“Ia hanya digunakan oleh polis bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” tegasnya.

Dalam pada itu, Kasim memaklumkan tahap keselamatan di kawasan berkenaan kekal terkawal dengan hanya satu kes jenayah kecil direkodkan pada Oktober tahun lalu.

“Secara keseluruhan, kawasan ini tidak mencatatkan banyak kes jenayah. Hanya satu kes kecil dilaporkan pada Oktober 2025.

“Walau bagaimanapun rondaan akan dipertingkatkan pada waktu puncak seperti awal pagi dan lewat petang, bergantung kepada keperluan semasa bagi memastikan kehadiran polis sentiasa dirasai oleh orang awam,” terangnya.

Kasim turut berharap kerjasama strategik antara polis, DBKK dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan diperkukuh dari semasa ke semasa.

“Kita juga merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Dr TC Goh, atas sumbangan dua buah skuter elektrik untuk kegunaan anggota PDRM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebagai usaha meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan awam di daerah ini,” kongsinya.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi