Skim ToU TNB (Time of Use): Waktu luar puncak, manfaat dan pendaftaran

PENGGUNA Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah, termasuk pengusaha perniagaan mikro yang menggunakan meter pintar, kini boleh memilih untuk melanggan skim Time-Of-Use (ToU).

Pelaksanaan skim ini adalah sebahagian daripada pembaharuan struktur tarif elektrik negara, sambil terus memastikan perlindungan kepada golongan B40.

Anda tahu tak apa itu skim ToU?

Kalau nak kurangkan bil elektrik, elok sangat kalau ambil tahu!

Apa Itu Skim Time of Use (ToU) atau Skim Tarif Mengikut Masa?

Skim Time of Use (ToU) ialah satu pilihan baharu yang membolehkan anda jimat bil elektrik dengan guna elektrik pada waktu yang lebih murah.

Dengan ToU, kadar tarif elektrik berbeza mengikut masa dalam sehari — ada waktu kadar lebih mahal (waktu puncak), dan ada waktu kadar lebih murah (luar puncak).

Contohnya:

Kalau anda guna banyak elektrik antara 10 malam hingga 2 petang (waktu luar puncak), anda boleh dapat kadar yang lebih rendah berbanding guna elektrik pada waktu puncak (2 petang hingga 10 malam).

Tambahan pula, waktu luar puncak juga termasuk hari Sabtu dan Ahad, berbeza dengan sistem lama yang guna kadar sama setiap hari.

Skim ToU ini sangat sesuai untuk:

• Keluarga di rumah

• Pengusaha perniagaan kecil

• Mereka yang ada meter pintar

Dengan merancang aktiviti seperti mencuci baju, memasak atau menjalankan operasi perniagaan kecil pada waktu luar puncak, anda boleh kurangkan bil elektrik secara bijak.

Skim ini akan bermula 1 Julai 2025 dan dibuka kepada semua pengguna.

Manfaat Skim ToU

Dengan mendaftar di bawah skim ini, pengguna dapat mengurangkan bil elektrik bulanan apabila menggunakan tenaga ketika waktu luar puncak.

Pengguna perlulah log masuk ke laman web Tenaga Nasional Berhad dan menghantar permohonan secara dalam talian atau secara manual melalui TNB Kedai Tenaga.

Nak Langgan Skim Time of Use (ToU)? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Skim ToU tidak diaktifkan secara automatik – anda perlu daftar dulu kalau nak guna. Skim ini adalah pilihan (optional), jadi hanya yang berminat boleh mohon.

Syarat untuk langgan skim ToU:

1. Rumah atau premis anda perlu ada Smart Meter atau meter CT/RMR (Remote Meter Reading).

2. Bermula 1 Julai 2025, anda boleh mohon skim ToU melalui portal myTNB jika anda:

• Pelanggan Domestik (rumah)

• Pelanggan Voltan Rendah Bukan Domestik (seperti perniagaan kecil)

Pengecualian:

Kalau anda sudah pun guna tarif ToU jenis C2, E2, F2, H2, C4, atau E3, sistem akan tukar ke skim ToU baharu secara automatik – tidak perlu daftar semula.

Cara Memohon Skim ToU

Ada beberapa cara untuk memohon:

  1. Hantar permohonan ke emel tnbtou@tnb.com.my
  2. Pergi Kedai Tenaga
  3. Permohonan juga boleh dibuat secara online di dalam portal myTNB

Pelanggan dinasihatkan untuk memantau corak penggunaan bulanan sebelum mendaftar dengan skim ToU.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh hubungi TNB Careline menerusi platform berikut :

  • Facebook : TNB Careline
  • Telefon : 1-300-88-5454

Isnin-Jumaat: 8 pagi–7 malam

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8 pagi–5 petang

Related Posts

Kanser Kolorektal: Ketakutan, kesedaran, tindakan

MAC merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, iaitu kanser kedua paling kerap didiagnosis dan tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun, di sebalik pelbagai kempen dan hebahan oleh agensi kesihatan, tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi