Sistem SARA diperkasa bagi menjamin kelancaran

KUALA LUMPUR – Sistem MyKasih ditambah baik dengan meningkatkan kelajuan capaian bagi membolehkan rakyat Malaysia menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 yang akan bermula pada Isnin.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penambahbaikan tersebut dilakukan bagi menjamin kelancaran agihan bantuan RM100 yang dikreditkan terus ke MyKad semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Menurutnya, kerajaan mengambil langkah awal susulan pengalaman lalu bagi mengelakkan masalah sistem khususnya seperti yang berlaku pada penghujung 2025.

“Pagi tadi saya bercakap dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan beliau memberi jaminan bahawa hari pertama pelaksanaan SARA, kita mempelajari apa yang perlu dilakukan untuk elak daripada masalah sistem yang berlaku di hujung 2025.

“Beliau memaklumkan pihak MyKasih yang menguruskan pangkalan data sudah meningkatkan jumlah bandwidth (capaian jalur lebar) bagi memastikan tidak berlaku apa-apa masalah pelaksanaan SARA untuk semua bermula esok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, program SARA Untuk Semua yang menyediakan bantuan sekali beri RM100 melalui MyKad kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan mula disalurkan bermula Isnin.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, semakan kelayakan boleh dibuat dengan melayari portal sara.gov.my.

Peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi memanfaatkan semua warganegara tanpa perlu membuat sebarang permohonan dan bantuan itu akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima.

Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan hingga 31 Disember 2026.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM