Sindiket seludup barangan bernilai RM3.34 juta tumpas di Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pelbagai barangan bernilai RM3.34 juta menerusi beberapa siri operasi berasingan di seluruh negeri itu sepanjang bulan Mac lalu.

Memangku Tugas-Tugas (MTT) Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah, Saidin Jalaluddin berkata, antara barangan yang dirampas ialah dadah jenis methamphetamine, ketum, mercun, bunga api, rokok dan kenderaan.

Menurutnya, kes pertama melibatkan rampasan dadah methamphetamine pada 11 Mac lalu apabila anggota Kastam Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan, Semporna menyerbu Terminal Bas Semporna dan menemui dua kotak berwarna coklat.

“Hasil pemeriksaan mendapati kotak-kotak tersebut mengandungi bungkusan hablur jernih yang disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 40.787 kilogram (kg), dianggarkan bernilai RM1,305,184.

“Modus operandi sindiket ini adalah menyembunyikan dadah di terminal bas bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Rabu.

Katanya, kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saidin berkata, pada 6 Mac lalu, anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Tawau merampas sembilan kotak coklat bersalut plastik hitam di Terminal Bas Tawau yang mengandungi serbuk hijau disyaki daun ketum seberat 125 kg dengan nilai anggaran RM5,000.

“Di bawah Peraturan 6, Akta Racun (Jadual Pertama, Bahagian III) Peraturan-Peraturan Racun 1952, Mitragyna speciosa (ketum) disenaraikan sebagai bahan terkawal dan tidak boleh dimiliki tanpa lesen atau kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam satu lagi operasi berasingan di Lahad Datu dan Sandakan, pasukan Kastam berjaya merampas sejumlah mercun dan bunga api.

“Di Lahad Datu, serbuan dilakukan di sebuah bangunan sarang burung di Jalan Airport yang menyimpan 1,482 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenama, dengan anggaran nilai RM1,130,640 dan duti serta cukai sebanyak RM737,239,” katanya.

Katanya, pengimportan barangan tersebut memerlukan permit import daripada Ketua Polis Negara mengikut Akta Bahan Letupan 1957 seperti yang ditetapkan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Manakala pada 11 Mac pula, anggota Kastam merampas 11 kotak barangan disyaki tidak berkastam di belakang bangunan Agro Bazar, Sandakan yang seberat 6.84 kg dan dianggarkan bernilai RM943, melibatkan cukai RM612.95.

Saidin berkata, kes keempat melibatkan sitaan rokok tidak bercukai dalam dua kenderaan berasingan pada 10 dan 12 Mac dengan nilai keseluruhan melebihi RM24,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Sementara itu, kes terakhir pada 13 Mac melibatkan sitaan sebuah kereta jenis sedan bernilai RM15,000 dengan duti terlibat RM12,875 kerana melanggar tempoh kebenaran berada di tanah besar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

JKDM berharap orang awam terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau di mana-mana pejabat Kastam terdekat.

“Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” kata Saidin.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta