Dua parah, seorang selamat dalam kemalangan kereta di Tenom

TENOM – Dua individu cedera parah manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di simpang Kampung Angan-Angan, di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 pagi.

Menurutnya, lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai dan tiba dalam masa tujuh minit.

“Pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Iswara Aeroback dan sebuah Proton Wira Aeroback.

“Kenderaan Proton Iswara terbabas ke dalam parit, menyebabkan dua mangsa dalam kenderaan itu tersepit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang tersepit, iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 37 tahun, berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

“Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa, lelaki yang menaiki Proton Wira, dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Operasi turut dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.57 pagi selepas kawasan disahkan selamat.

Related Posts

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang

GUA MUSANG – Sebuah treler dilaporkan terbabas dan melintang di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tujuh kilometer dalam kejadian di sini awal pagi tadi. Kejadian itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

MUKAH – Pelaksanaan 48 projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal memperkukuh momentum transformasi Mukah untuk muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang signifikan di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang

Anwar mahu draf pindaan Akta MARA dibentang dalam masa tiga bulan

Anwar mahu draf pindaan Akta MARA dibentang dalam masa tiga bulan

48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan