MIDE giat bantu PMKS melalui usahasama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) sentiasa komited meningkatkan usahasama dengan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di Peringkat Persekutuan mahupun Negeri bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah.

Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe kementeriannya giat menjalinkan usahasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensi-agensi di bawahnya dalam melaksanakan pelbagai program pemantapan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Sabah pada tahun 2023 hingga 2024.

“Kementerian saya telah bekerjasama dengan Kuskop melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah (JPPKNS).

“Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi menyelaras program-program pembangunan keusahawanan dan membincangkan isu-isu semasa serta bantuan kewangan dari pelbagai pihak sama ada peruntukan daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

“Kementerian saya turut bekerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bagi melaksanakan Program Pemerkasaan Usahawan Sabah (PUSH).

“Program ini bertujuan memupuk ketersediaan awal para usahawan ke arah mentransformasi perniagaan agar berkembang menjadi francaisor yang berdaftar,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Tambah beliau, MIDE juga bekerjasama dengan SME Corp Malaysia dalam menjayakan Karnival Usahawan PMKS Sabah Zon Tawau dan Sandakan pada tahun 2023 serta di Keningau dan Beaufort pada tahun ini.

“Pencapaian hasil padanan perniagaan bersama pasaraya tempatan sempena Karnival Usahawan PMKS Sabah tahun 2023 adalah sebanyak RM9.4 juta dengan melibatkan 25 syarikat manakala tahun 2024 sebanyak RM6.1 juta dengan melibatkan 36 syarikat.

“Di samping itu, kerjasama dengan Institut Keusahawanan Negara (Insken) bagi melaksanakan Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) pada tahun ini di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Objektif dan fokus utama seminar ini adalah untuk melatih para usahawan meningkatkan jualan mereka dengan menggunakan strategi pembangunan produk.

“Penganjuran seminar ini mencatatkan penyertaan seramai 625 usahawan ke SAPPS,” jelasnya.

Phong berkata, melalui kerjasama dengan Kuskop, Pernas dan Majlis Ugama Islam (MUIS) Sabah telah melaksanakan Bengkel Kesedaran Halal Usahawan Madani Sabah 2024.

Jelasnya, program-program yang dilaksanakan oleh kementeriannya dengan usahasama Kuskop mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada usahawan.

Related Posts

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

MARUDI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Jalan Industri Sungai Ridan di sini, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

KERIAN – Pulau Kalumpang di Kuala Gula, Bagan Serai, dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu negeri Perak susulan keunikan sejarah, biodiversiti dan kedudukannya yang strategik. Potensi pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak