Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

KOTA ISKANDAR – Spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terus hangat diperkatakan apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sendiri mengakui suasana politik negeri kini semakin ‘panas’.

Malah, beliau secara berseloroh menyatakan ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sudah mula bermaaf-maafan dan bersalaman seolah-olah pilihan raya negeri (PRN) bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Onn Hafiz tampil menepis dakwaan bahawa DUN Johor akan dibubarkan dalam masa terdekat.

“Saya ingin umumkan DUN Johor tidak dibubarkan hari ini. Semua Yang Berhormat boleh relaks dahulu dan terus fokus berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Kenyataan itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik yang melihat gelombang PRN Johor semakin dirasai meskipun penggal pentadbiran kerajaan negeri hanya tamat pada April 2027.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai parti politik dilihat mula mengatur langkah, termasuk memperkukuh jentera dan menyusun strategi bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya lebih awal.

Malah, suasana perbahasan dalam sidang DUN kali ini juga dianggap luar biasa apabila nada ucapan beberapa wakil rakyat dilihat lebih agresif dan berbau kempen politik.

Kenyataan Onn Hafiz itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri sedar desakan politik semakin memuncak, namun masih mahu mengekalkan fokus terhadap agenda pembangunan serta kestabilan pentadbiran Johor.

Dalam masa sama, rakyat kini mula tertanya-tanya sama ada kenyataan ‘tidak dibubarkan hari ini’ itu sekadar penenang keadaan atau petanda PRN Johor sebenarnya semakin hampir.

Related Posts

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

KOTA KINABALU – Guru Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang rantau Asia Tenggara dan Pasifik bagi Cambridge…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

SANDAKAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Daerah Sim-Sim, di sini pada Jumaat. METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pengujian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat