SIBOFest 2024 bakal berlangsung 17-20 September

KUCHING – Festival Band dan Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) 2024 bakal berlangsung selama empat hari di Kuching, dari 17 hingga 20 September.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, edisi pertama dengan tema ‘Muzik, Budaya dan Persahabatan’ ini dijangka diadakan di Sekolah Menengah Lodge, manakala acara utama iaitu Konsert Gala Finale akan diadakan di The Waterfront Hotel Kuching.

Menurut beliau, festival ini bertujuan memperluas akses kepada pendidikan muzik dengan menyediakan bengkel profesional yang mampu milik bagi penggiat muzik.

“Lebih 200 peserta yang terdiri daripada pemuzik, pendidik dan pakar industri serta 15 tenaga pengajar dari Malaysia, Singapura dan Jepun akan menyertai festival ini untuk membina hubungan antarabangsa melalui kelas muzik yang ditawarkan.

“Ini menjadi acara berimpak tinggi untuk kalendar muzik tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Baitulmakmur pada Isnin.

Abdul Karim menjelaskan lagi SIBOFest 2024 bukan sahaja untuk pemuzik, tetapi juga terbuka kepada komuniti tempatan.

Menariknya, beliau menambah beberapa aktiviti unik turut akan diadakan sepanjang acara tersebut dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) di bawah Dana Pemudahcaraan Warisan, Seni dan Budaya.

Beliau menerangkan lagi aktiviti yang dirancang bertujuan untuk memastikan peserta dan pelawat dapat menikmati kekayaan budaya Bumi Kenyalang sambil menyaksikan bakat-bakat hebat dari pentas antarabangsa.

“Bakat muzik tempatan dan antarabangsa akan diketengahkan termasuk persembahan dari At Adau, The Band Lab, serta 60 ahli daripada kumpulan muzik terkemuka Jepun, Pemenang Anugerah Aikodai Meiden High School Symphonic Band.

“Oleh itu, SIBOFest 2024 diyakini akan memberikan manfaat ekonomi yang signifikan dengan menarik pelancong, mempromosikan perniagaan tempatan dan mengukuhkan reputasi Sarawak sebagai destinasi budaya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pendaftaran untuk SIBOFest 2024 kini ditutup, tetapi pencinta muzik dari seluruh dunia masih dialu-alukan untuk menghadiri Konsert Gala Finale pada 20 September di The Waterfront Hotel Kuching dengan tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian melalui thebandlab.com/sibofest/.

Related Posts

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

TANJUNG MALIM – Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI