Akmal bawa anak Nenggiri belajar, berlatih sepak takraw ke Melaka

JASIN – Selepas Barisan Nasional berjaya merampas semula Dewan Undangan Negeri (Nenggiri) pada Piliharan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, tiga remaja di DUN berkenaan telah terpilih untuk menyambung pelajaran dan menjalani latihan sepak takraw di Melaka.

Inisiatif tersebut telah dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, ketiga-tiga remaja berkenaan akan berada di Melaka untuk beberapa bulan bagi menyambung pembelajaran dengan belajar dan berlatih sepak takraw.

“Alhamdulillah, bukan seorang tetapi tiga orang kita bawa anak kampung Nenggiri untuk sambung belajar dan berlatih takraw di Melaka.

“Doakan mereka ini berjaya di bumi Melaka. Anak kampung juga berhak untuk berjaya,” katanya di laman Facebook.

Pada hantaran sama, Akmal turut memaklumkan bahawa elaun ketiga-tiga remaja berkenaan akan ditambah daripada RM200 kepada RM500 sebulan, sepanjang tempoh mereka berada di Melaka.

Jelasnya, penambahan tersebut khusus untuk mengurangkan beban ibu bapa remaja berkenaan memandangkan mereka berkelana di negeri orang.

“Jadi, mak ayah jangan risau. RM500 untuk makan dia seorang dalam kampung ini lebih daripada cukup. Saya nak mereka berjaya. Apabila jadi pemimpin, adalah tanggungjawab kami untuk pastikan orang kampung macam kami ini boleh berjaya,” katanya.

Selain itu, beliau juga bercadang untuk membina satu gelanggang sepak takraw berdekatan tempat remaja berkenaan menginap supaya senang untuk mereka berlatih.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang