Sertai PKR bukan kejar jawatan, sebaliknya komitmen terhadap pembangunan Sabah – Iskandar

KOTA KINABALU – Keputusan beralih ke PKR bukan kerana kepentingan peribadi, sebaliknya untuk memastikan suara pembangunan ekonomi Sabah dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Darau, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik.

Beliau berkata, dengan penuh pertimbangan dan berpandukan prinsip saya telah membuat keputusan strategik untuk menyertai PKR sebagai komponen utama Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, ia memberikan platform terbaik untuk memperjuangkan aspirasi rakyat Sabah dari dalam sistem pemerintahan.

“Keputusan ini bukan sekadar peralihan parti, tetapi satu langkah berprinsip yang didorong oleh keperluan semasa dan harapan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, penghijrahan tersebut disertai pelbagai asas utama antaranya menyertai arus perdana sistem persekutuan.

“PKR sebagai komponen utama dalam Kerajaan Persekutuan. Penghijrahan ini membolehkan saya menyuarakan isu dan rungutan rakyat melalui saluran rasmi dan berkesan.

“Bukan melalui konfrontasi tetapi melalui dasar, perundangan dan pengaruh dalam Kabinet,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah warisan nenek moyang Sabah, bukan hak eksklusif mana-mana parti.

“Namun, untuk memperkasa tuntutan MA63 secara berkesan, kita perlukan suara yang kuat di peringkat pusat dan PKR menyediakan platform strategik itu,” tegasnya.

Katanya lagi, kepimpinan lama selama 50 tahun gagal menyelesaikan isu asas Sabah.

“Kini, kita perlukan darah baharu seperti Datuk Mustapa Sakmud dan Datuk Peto Galim pemimpin tempatan yang memahami realiti rakyat dan berani membawa reformasi struktural,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PKR turut komited terhadap keadilan sosial dan pembahagian sumber yang adil selari dengan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan keadilan dan bukan sekadar pembangunan retorik.

Tambahnya, beliau boleh memastikan suara Sabah tidak hanya didengar malah dihormati dalam setiap keputusan dasar, terutamanya dalam isu peruntukan, autonomi pentadbiran dan hak hasil sumber semasa berada dalam parti pemerintah.

“Selain itu, PKR memberi ruang kepada kepimpinan inklusif yang melibatkan wanita, belia dan komuniti pelbagai latar belakang.

“Ini penting untuk memastikan pembangunan Sabah tidak terhad kepada satu kelompok atau daerah sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Iskandar turut menyerahkan Borang Permohonan Keahlian PKR Cabang Sepanggar kepada Ketua Cabang PKR Sepanggar, Datuk Peto Galim iaitu seramai kira-kira 300 ahli STAR Sabah bahagian Darau.

Related Posts

Isu lantikan KMKK: PDP suarakan pandangan, harap konsensus GPS dipertahankan

KUCHING – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing menyuarakan harapan agar proses pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan parti itu diteliti semula bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak ke-13: GPS sasar sapu bersih 100 peratus kerusi

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin mampu melakar sejarah dengan menyapu bersih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. Timbalan Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu lantikan KMKK: PDP suarakan pandangan, harap konsensus GPS dipertahankan

Isu lantikan KMKK: PDP suarakan pandangan, harap konsensus GPS dipertahankan

PRN Sarawak ke-13: GPS sasar sapu bersih 100 peratus kerusi

PRN Sarawak ke-13: GPS sasar sapu bersih 100 peratus kerusi

QoS dilaksana termasuk kendali bagasi penumpang

QoS dilaksana termasuk kendali bagasi penumpang

Isu sistem pengendalian bagasi KLIA rosak perlu ditangani secara terperinci

Isu sistem pengendalian bagasi KLIA rosak perlu ditangani secara terperinci

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM