Program Felo SMJ bukti pelaburan besar Kerajaan Negeri terhadap masa depan belia Sabah

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) merupakan satu pelaburan besar Kerajaan Negeri dalam melahirkan barisan pemimpin muda yang berwibawa, berjiwa rakyat dan mampu memacu pembangunan negeri ke arah masa depan yang lebih progresif.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program tersebut bukan sekadar latihan kepimpinan semata-mata, sebaliknya mencerminkan kepercayaan dan komitmen tinggi kerajaan terhadap usaha membangunkan modal insan berkualiti di Sabah.

“Program ini adalah satu bentuk kepercayaan dan pelaburan besar Kerajaan Negeri terhadap masa depan anak muda Sabah.

“Ia medan penting untuk mengasah bakat kepimpinan, membina daya saing serta mempersiapkan generasi pelapis negeri yang berjiwa rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Felo SMJ, di sini pada Isnin.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam penganjuran program kali ini peningkatan signifikan berbanding hanya 10 GLC pada edisi terdahulu.

“Peningkatan penyertaan GLC bukan sekadar angka, tetapi manifestasi sokongan padu sektor korporat terhadap aspirasi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” jelasnya.

Menurutnya lagi, beberapa peserta felo telah ditawarkan peluang pekerjaan di GLC masing-masing selepas tamat program.

“Ini menunjukkan satu perkembangan yang membuktikan keberkesanan inisiatif berkenaan sebagai platform membina kepimpinan muda Sabah.

“Ini bukti jelas bahawa program Felo SMJ membuka ruang kepada anak muda Sabah untuk berkembang, menyumbang secara langsung dan menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji juga menegaskan bahawa pembangunan modal insan merupakan nadi utama dalam kerangka Pelan Hala Tuju SMJ, dengan penekanan kepada pembentukan jati diri, integriti dan ciri-ciri kepimpinan unggul dalam kalangan belia.

Beliau menyeru para peserta agar menjadikan pengalaman dalam program itu sebagai medan pembelajaran untuk memahami pentadbiran Kerajaan Negeri serta mendalami proses dasar awam.

“Kita tidak hanya mahu melahirkan pemimpin cemerlang dari segi ilmu dan kemahiran, tetapi yang berjiwa rakyat, berintegriti dan mampu membawa suara komuniti ke meja dasar,” katanya.

Beliau berharap semua peserta felo akan menjadi agen perubahan yang menyemarakkan kepimpinan berwawasan, berani dan berintegriti demi Sabah yang lebih maju, bersatu dan berjaya.

“Golongan belia bukan sekadar pelapis, tetapi aset penting dan pewaris masa depan negeri.

“Gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk membuktikan kemampuan anak muda Sabah dalam memimpin,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16