Serang orang awam ketika ambil bantuan tidak boleh diterima – Menteri Luar Perancis

MENTERI Luar Perancis, Jean-Noel Barrot menegaskan bahawa serangan terhadap orang awam di Gaza, khususnya ketika mereka mendapatkan bantuan makanan, adalah tindakan yang langsung tidak boleh diterima.

“Lapan puluh tahun selepas penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita tidak boleh menerima hakikat bahawa orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, menjadi sasaran ketika mereka pergi ke pusat agihan makanan. Ini amat tidak boleh diterima,” katanya ketika berucap pada persidangan antarabangsa peringkat tinggi mengenai konflik Palestin-Israel di ibu pejabat PBB, New York, semalam, lapor Anadolu.

Barrot turut menyampaikan ucapan bersama rakan sejawatnya dari Arab Saudi pada pembukaan persidangan itu yang bertujuan merangka penyelesaian damai terhadap konflik Palestin-Israel serta melaksanakan penyelesaian dua negara.

Beliau berkata, penyertaan meluas dalam persidangan tersebut membuktikan wujudnya kesepakatan yang semakin kukuh dalam kalangan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan perang di Gaza dan merintis jalan penyelesaian politik yang mampan.

“Persidangan ini mesti menjadi titik perubahan. Kita perlu merancang langkah konkrit bagi membawa kita daripada pengakhiran perang di Gaza kepada penamatan konflik Palestin-Israel secara menyeluruh,” katanya.

Menurut beliau, hanya penyelesaian politik berasaskan formula dua negara yang dapat memenuhi aspirasi sah rakyat Palestin dan Israel untuk hidup dalam keadaan aman dan selamat.

Mengulas lanjut, Barrot menzahirkan kebimbangan terhadap perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang disifatkan sebagai penghalang utama terhadap pembentukan negara Palestin yang berdaya maju.

“Prospek terhadap sebuah negara Palestin yang berdaya saing mesti dipelihara melalui pelaksanaan langkah-langkah konkrit,” katanya lagi.

Bagi menyokong usaha diplomatik, Barrot turut menekankan peranan lapan kumpulan kerja antarabangsa yang ditubuhkan di bawah kerangka persidangan tersebut.

Kumpulan ini, katanya, bertanggungjawab mengenal pasti sumbangan praktikal dalam aspek politik, keselamatan, ekonomi dan kemanusiaan bagi merealisasikan penyelesaian dua negara.

“Perang ini telah berlarutan terlalu lama dan mesti dihentikan. Senjata perlu dibisukan demi mencapai gencatan senjata segera dan berkekalan. Penderitaan rakyat awam di Gaza mesti dihentikan,” tegasnya.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James