Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kota Marudu

KOTA MARUDU – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya manakala rakannya terselamat ketika mandi-manda di sungai Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada Rabu.

Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Hasbi Hajat berkata, mangsa dikenali sebagai Razis Amat berusia 35 tahun.

“Pihaknya menerima panggilan kecemasaan berhubung kejadian itu pada pukul 6.07 petang.

“Katanya, sembilan orang anggota dan pegawai BBP Kota Marudu serta empat orang awam digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut maklumat awal dari pemanggil terdapat dua mangsa melakukan aktiviti mandi manda di sungai. Seorang mangsa selamat manakala seorang lagi dikhuatiri dibaham buaya.

“Pasukan bomba berada di lokasi bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR dengan kaedah ‘water surface’ mengunakan bot penyelamat bersama orang kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya, walau bagaimanapun, setakat ini mangsa belum ditemukan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

KUCHING – Sarawak menetapkan pendirian teguh bahawa terdapat empat perkara asas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dikategorikan sebagai ‘tidak boleh dirunding’ dan tidak akan dikompromi dalam sebarang rundingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

SIBU – Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda perlu dipergiat bagi melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan