Sentimen perkauman perlu dinoktahkan, Malaysia perlu stabil agar kekal harmoni – PMX

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua kaum di Malaysia menoktahkan isu perkauman, seterusnya bergerak ke hadapan dalam memastikan negara terus stabil.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, tindakan itu juga dapat menjamin supaya perpaduan antara kaum di negara ini kekal mekar dan harmoni.

Menurutnya, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada pihak yang menghentikan sebarang unsur negatif atau cubaan mengeruhkan lagi keadaan.

“Perdana Menteri meminta MCMC memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan dalam beberapa kes membabitkan isu perkauman. Tegas Perdana Menteri, semua pihak perlu faham akan perubahan akta dan undang-undang yang sudah diluluskan sebelum ini hatta berlakunya perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan.

“Sebarang tanggapan atau perkongsian maklumat yang tidak tepat dalam hal ini hanya akan mencetuskan persepsi tidak sihat di kala kita semua dituntut untuk terus menyemai benih keharmonian dan kesejahteraan masyarakat,” katanya melalui Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan di Facebook, pada Rabu.

Sementara itu, Tunku Nashrul memaklumkan Perdana Menteri pada Selasa ketika majlis berbuka puasa bersama pengamal media turut bertemu trio penyampai radio Era FM yang sebelum ini terpalit isu mempersendakan upacara agama lain.

“Dalam kesempatan yang ada, beliau dapat berikan nasihat dan berpesan supaya sentiasa membawa mesej perpaduan dalam tugasan harian di tempat mereka iaitu di stesen radio berkenaan.

“Alhamdulillah, mesej diberikan itu bukan hanya menjerumus kepada mereka (penyampai radio) tetapi kepada semua pihak supaya dapat bersama menjadi agen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan MADANI menyatukan seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, kaum dan bangsa,” katanya.

Terdahulu, Ketua Strategi Astro Radio, Rizal Sahimy memaklumkan tiga penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin masih lagi direhatkan sehingga siasatan dalaman selesai.

Semalam, Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd dikenakan kompaun RM250,000 , bagaimanapun lesen mereka tidak digantung.

Pada 4 Mac lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular tiga penyampai radio Era FM yang dilihat sedang mempersendakan upacara agama lain.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen