Senarai masalah rakyat Nenggiri akan diselesai – Azmawi

KOTA BHARU – “Kita akan menjadi juara kepada rakyat dan menjadi yang berkhidmat kepada rakyat,” tekad Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dalam membantu membela nasib penduduk di DUN Nenggiri.

Belum sampai sebulan menjadi wakil rakyat pelbagai kemudahan turut diberikan kepada penduduk seperti mewujudkan kemudahan ATM sebagaimana dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri Ogos lalu.

Azmawi berkata, sebagai wakil rakyat beliau sememangnya serius terutama dalam membela nasib rakyat selain membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan merupakan sebuah kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat.

Selain itu, ianya sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan bukan sahaja berjanji sebaliknya telah mengotakan janji sebagaimana dijanjikan.

“Semestinya kita benar serius dalam menjadi contoh kepada DUN lain malah DUN Nenggiri, Galas dan Kota Lama akan menjadi contoh di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan menjuarai isu rakyat, menjadi juara kepada rakyat dan menjadi yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditanya berkenaan mesin ATM.

Mengulas lanjut mengenai perancangan yang akan dilakukan buat penduduk Nenggiri, Azmawi memaklumkan, setakat ini beliau sedang melihat selain menyenaraikan permasalahan rakyat untuk diselesaikan segera.

“Saya sedang senaraikan permasalah rakyat sama ada yang mana dapat diselesaikan dengan segera atau yang mengambil masa sedikit.

“Dan kita mempunyai banyak perancangan yang akan dilakukan sebagai contoh mengenai pembangunan fizikal serta dari segi program termasuk perumahan untuk generasi orang muda,” katanya.

  • Related Posts

    Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

    PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

    Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

    Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

    Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

    Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

    Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

    Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

    Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

    Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

    • By Winny
    • March 27, 2025
    Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

    Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

    Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM